Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah, terima kasih pd kwn2 semua yg beri ucap selamat ulangtahun perkahwinan saya samaada di FB juga di blog. Saya amat2 menghargainya, moga hidup kita sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Hari ni saya masak ringkas lagi. Walau ringkas tapi sedap sangat. Macam biasalah resepi dari Kak Liza lagi dan saya kopipes dari blog Kak Ummi. Terima kasih kak berkongsi resepi dan idea masakan. Izinka saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap.
Bahan- Bahan
Bahan- Bahan
- 500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
- 1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
- 1 pokok daun bawang
- 1 biji tomato - dibelah 6
- Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)
- 3 ulas bawang merah - dihiris
- 2 ulas bawang putih - dihiris
- 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)
- Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
- Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
- Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.