Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni buat kuih kaswi gandum je. Kalau teringin nak makan kuih2 lama, kuih kaswi inilah paling senang dan mmng sedap pun. Hamka pun dah tau kalau mama siap kuih awal, mesti dia dpt agak...mesti mama buat kuih kaswi atau kuih apam. Lagipun kuih2 inilah yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Resepi mcm biasa boleh tngk di SINI dan di SINI. Banyak kali buat kuih ni, dah dlm kepala resepinya..he3...Jomlah layan kaswi di malam hari ni....
↧
Kaswi Gandum lagi...
↧
Kenangan di London
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi bersama pengunjung blog Sinar Kehidupanku, terima kasih semua. Kali ni saya kongsikan gambar2 percutian kami sekeluarga ke London pd 2 ogos 2014. Dah lama kan, tapi tulah tak sempat2 nak kongsikan gambar2 kenangan manis tu kat sini. Kali ni saya luangkan masa jugalah letak kat blog, walau dah basi kata orng...tapi kenangan manis tu tetap segar dlm ingatan, yg paling seronok bila kami sekeluarga berpeluang melihat sendiri Tower Bridge tu terbuka dan naik keatas bagi memberi lalauan kapal besar lalu dan turun semula bila kapal berlalu. Sebelum ni cuma pernah dengar je, kali ni dpt lihat sendiri....mmng seronok... Jom layannnn....
↧
↧
Sambal Siakap Cili Merah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menu yg ringkas tapi menambat selera suami dan anak2. Kali ni saya masak ikan siakap sambal cili merah. Rasanya seakan2 sambal berlado ikan gitu. Saya guna resepi sambal ikan lada hijau spt di SINI, kali ni tukar pd cili merah....jadilah sambal cili merah. Saya mmng suka sambal ikan mcm ni.Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap..
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 2 ekor ikan siakap sederhana besar
- 1/2 cawan santan
- 1 biji bawang besar, dipotong bulat
- 5 biji bawang merah*
- 1 labu bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 5 tangkai cili merah*
- 10 biji cili padi merah*
- Segenggam ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan*
- 1 cm belacan*(bahan2 bertanda* di kisar halus)
- 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Ikan dicuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam,taburkan sedikit tpng jagung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
- Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..
↧
Bingka Pisang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menu petang kami arini iaitu bingka pisang yg sangat sedap. Dah banyak kali guna resepi DZana ni, mmng puashati dan sedap sngt. Ramai kwn2 dah mencubanya, pd yg belum dan masih tercari2 resepi bingka pisang yg mudah dan sedap tu, bolehlah cuba resepi ni. Jom semak resepinya...
↧
Ikan Siakap Bakar Portugis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak kongsikan resepi ikan bakar portugis yg sangat sedap. Biasanya kalau beli ikan siakap mesti nak masak samabl, masam manis ataupun di kukus. Kali ni saya cuba resepi dari Mat Gebu plk, anak2 siap tanya kenapa di beri nama ikan bakar portugis. Saya pun cakap, kena tanya pakcik Mat Gebu lah mcm ni...he3..
Resepi ni mudah je, bila ikan dah masuk dlm oven, kita boleh buat kerja lain sambil sesekali tu jengah2 gaklah tngk ikan ni...kang rentunglah pulak.
Pada peminat ikan bakar tu, boleh cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pd Che Mat berkongsi resepi ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Resepi ni juga akak kopipes dari blog Yana Shaiful. Selamat mencuba semua..
Bahan-Bahan
- 2 ekor ikan siakap sederhana besar
- 3 helai daun limau purut
- 4 camca besar cili kisar
- 1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
- 3 sudu besar minyak bawang putih ( 5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan )
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 camca besar jus asam jawa
- Daun pisang secukupnya ~ layur atas api supaya lembut ~ saya guna aluminium foil
BAHAN KISAR HALUS :-
- 6 biji bawang merah /1 labu bwng besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai ~ hiris halus
- 1 kuntum bunga kantan ~ hiris
- 3 biji buah keras
- 1/2 cm hirisan lengkuas
CARA PENYEDIAAN:-
- Cuci ikan dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan. Sementara itu kita buat sambal.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masakhingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Ikan siakap dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang/aluminium foil. Sapu sedikit sambal atasnya, letak ikan sapu sambal atas ikan tadi dan tabur sedikit hirsan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan.
- Kemudian bakar dalam oven hingga masak. Boleh juga di bakar dalam pemanggang ajaib..Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
↧
↧
Congo Bars
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin nak buat dan merasa congo bars ni. Sebelum ni mcm pernah buat, tapi tak sempat ambil gambar dan habis. Biasalah, kdng2 malas bebenor nak ambil gambar masakan ni. Mana rakan yg seangkatan tu, mesti memahaminya kan. Ramai kwn2 dah buat congo bars ni, pd yg belum dan teringin nak cuba buat sendiri tu...bolehlah cuba. Ianya mudah, cepat dan sedap di makan. Terima kasih pd Rima yg berkongsi resepi ni, kali ni saya copy paste dari blog Ita Masam Manis. Kalau pergi blog mereka berdua ni mmng takleh nak kelip mata rasanya....terpesona dngn kecantikkan hasil kerjanya. Menu2 yg di sediakan mmng amat memukau dan menyelerakan. Ita yg saya kenali mmng penyabar dan teliti orangnya, sbb tu hasil kerja tangannya amat memuaskan....jujur saya kagum sangat. Kalau saya ....janji boleh je, yg penting sedap dan keluarga menyukainya...Jomlah semak resepi mudah ni...pastu buat tau...
Bahan- Bahan
Cara- Caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau 10X10X2 inciyang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Bahan- Bahan
- 315 gm tepung gandum
- 2 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 150 gm butter
- 300 gm gula perang - boleh kurangkan
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 250 gm chocolate chips
- 1 cawan kacang pecan atau apa2 kekacang - optional
- Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara- Caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau 10X10X2 inciyang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
↧
Puding Lemak Cendol
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Puding lemak cendol sedap di makan bila2 masa je. Rasanya seakan kuih talam tapi tak perlulah di kukus. Rasanya yg lemak2 manis buatkan siapa yg merasainya akan teringat2 dan tak sedar dah makan berapa potong kuih ni. Kuih ni lebih sedap di makan sejuk. Kalau rajin, bolehlah bungkus dngn daun pisang mcm mak saya buat sblm ni. Kalau takde daun pisang tu,faham2 jelah kan...letak je kat acuan yg sesuai ataupun kat loyang je. Siap dan bolehlah di potong. Boleh juga lihat di SINI.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1 cwn tepung jagung
- 1cwn gula pasir
- 4 1/2cwn santan (250ml santan pekat, selebihnya air)
- 2 helai daun pandan- di simpulkan
- 500 gm cendol (tapiskan)
- Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
- Masak adunan tadi dgn api sederhana.
- Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
- Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 3 minit.
- Angkat dan tuang dlm loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
- Setelah sejuk bolehlah dipotong.
↧
Bingka Keledek Oren
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni sedap layan bingka keledek. Sebenarnya saya beli keledek ni semata2 nak masak bersama sayur pucuk manis. Bila nak keluarkan pucuk manis dari petiais, alahaiiiii kecewa di buatnya...layu sudah sayur tu. Saya dah rebus keledek ni awal2, jadi terpaksalah di jadikan sesuatu dari di biarkan begitu saja. Dalam fikiran ni mcm2 nak di buat dngn keledek rebus ni. Dalam pada sibuk memasak lauk tengahari, saya pun buatlah adunan bingka/kuih bakar keledek ni. Bila siap masak, kuih utk minum petang pun dah siap. Kuih ni sedap, bahan2 pun mudah je. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya. Kawan2 juga boleh lihat di SINI.
BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN
- 2 biji telur
- 1 1/2 cwn santan
- 1 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula
- secubit garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar butter
- 1 cwn keledek oren yg telah di rebus
- sedikit pewarna oren
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
- Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
- Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong.
↧
Kuih Lapis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin sngt nak makan kuih lapis buatan sendiri ni. Kalau beli tu kdng2 ok kdng2 tak menepati citarasa sendiri. Jadi hari ni merajinkan diri buat kuih lapis kegemaran. Bila lama tak makan tu, faham2 jelah ya....terlebih sudah makan...tapi takpelah..sesekali kannn. Ok resepi mcm biasa je, boleh juga lihat diSINI. Kalau rajin tu bolehlah buat guna acuan kegemaran. Kalau nak cepat tu, kukus je dlm loyang...mudah, cepat siap dan cepatlah dpt merasanya...Jom tngk resepi mudah ni. Kalau teringin nak merasa tu, bolehlah buat ya..
Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci
Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- Secubit garam
- pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
- perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan
- Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan Boleh tambah perisa.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
- Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit.
- Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
- Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik.
↧
↧
Potato Fritters / Cucur Kentang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cucur kentang ni saya buat petang tadi gara2 teringin sangat nak merasa keenakkan rasanya. Ramai rakan2 blogger juga rakan2 fb telah mencubanya. Saya juga takmo ketinggalan utk mencuba dan merasanya. Alhamdulillah sedap...terasa garing di luar dan lenbut di dalamnya. Buatnya pun mudah je. Saya guna apa yg ada je kat rumah ni, kebetulan takde stok daun bawang, saya gantikan dngn daun sup,saya tambah hirisan cili merah utk tambah menarik dan rasa pedas2 sikit dan gantikan lada hitam kisar/coarse.Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada rakan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap.
Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani
Bahan-Bahan
Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani
Bahan-Bahan
- 3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
- 4 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- Daun bawang/daun sup
- 1 tangkai cili merah-Yatie tambah
- Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
- Garam dan sedikit gula
- Minyak masak (utk menggoreng)
- Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
- Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
- Sedap dimakan bersama sos
↧
Pulut Kuning dan Rendang Daging Istimewa di Hari Ulangtahun Perkahwinan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ni bersamaan 24 sept, genaplah 23 thn kami melayari bahtera perkahwinan. Syukur pdMu Ya Allah kerana merahmati dan memberkati hubungan kasih suci ini. Moga ianya berkekalan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.
Banyak suka dan duka di lalui bersama membuatkan kami suami isteri lebih menghargai satu sama lain dan makin mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ini. Terima kasih suamiku Mohd Khata yg sentiasa memberi,menerima dan berlapang dada menjaga hubungan suci dan halal ini dngn penuh hikmah. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kita dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...Tiada sambutan istimewa pun, sekadar menu2 biasa je ikut selera keluarga. Di hari yg istimewa ini juga saya sempat sediakan pulut kuning dan rendang daging tanda kesyukuran. Alhamdulillah...mood tetiba teringat anak2 yg jauh di mata tapi dekat sangat2 di hati...rindu Talhah ngan Seri Izati lah tuuuuu...
Banyak suka dan duka di lalui bersama membuatkan kami suami isteri lebih menghargai satu sama lain dan makin mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ini. Terima kasih suamiku Mohd Khata yg sentiasa memberi,menerima dan berlapang dada menjaga hubungan suci dan halal ini dngn penuh hikmah. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kita dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...Tiada sambutan istimewa pun, sekadar menu2 biasa je ikut selera keluarga. Di hari yg istimewa ini juga saya sempat sediakan pulut kuning dan rendang daging tanda kesyukuran. Alhamdulillah...mood tetiba teringat anak2 yg jauh di mata tapi dekat sangat2 di hati...rindu Talhah ngan Seri Izati lah tuuuuu...
↧
Rendang Daging Istimewa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kebetulan 24 sept hari ulangtahun perkahwinan saya, jadi buatlah pulut kuning dan rendang daging istimewa yg sedap ni. Ramai kwn2 yg bertanya resepinya. Saya pernah masak rendang sebelum ni diSINI. Di sini saya kongsikan sekali lagi bersama resepi pulut kuning sekali ya. Harap kwn2 berpuashati dan selamat mencuba. Saya mmng suka rendang ni, ianya tahan lama. Rasanya yg pedas2 manis buatkan ianya enak di makan bersama pulut, nasi, ketupat, lemang,lepat dan pulut kuning. Waduh bila cerita ni terus laparlah....terasa2 lagi kesedapan rendang ni...kalau tak percaya tu, anda cubalah sendiri. Kali ni saya masak 2 kg walaupun cuma makan sendiri....tahan 2 hari makan....wallahhhhh sedapnya...
Bahan-Bahan
RESEPI PULUT KUNING
Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara Penyediaannya.
Bahan-Bahan
- 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
- 1/2 cawan cili kisar
- 2 cawan santan (sedikit pekat)
- 2 sudu besar kerisik
- 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
- 2 keping asam gelugor
- garam secukup rasa
- 2 helai daun limau purut/daun kunyit
- 1 cawan minyak masak utk menumis
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bwng besar
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 2 batang serai - diketuk
- 3 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
- Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
- Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
- Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
- Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
- Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
- Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..
RESEPI PULUT KUNING
Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara Penyediaannya.
- Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
- Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 30 minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
- Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.
↧
Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama betul tak buat kek gula hangus ni, bukannya apa tau...takut tak menjadi sarangnya. Lagipun anak2 tak berapa suka kek ni sbb warnanya yg gelap...lagi2 Hamka, dengar je gula hangus dia terus takmo makan. Dia kata kek hangus mesti tak sedap...adohaiiiii..Bila terangkan padanya barulah dia senyum dan cubalah rasa kek ni. Macam biasalah bila cakap nama lainnya kek sarang semut, lagilah dia terberhenti dan takmo makan. Ada ke di carinya semut sbb namanya sarang semut.Sekali lagi nak menerangkan padanya, last mama cakap makan jelah ni kan rezeki...tak baik tau tak di makan langsung, nanti susah nak dpt rezeki lain. Hamka pun terus makan dngn senyum sinisnya mengatakan sedap mama kek ni...alhamdulillah.
Biasalah anak2 ni, kdng2 ok kdng2 tak kena dngn seleranya. Bagi saya mmng suka sngt kek ni, cuma lama sngt tak buat. Baru ni nampak Ita masam manis buat, rasa teruja nak membuatnya. Biasalah kalau dari Ita, pasti menjadi dan tak sabar ingin mencuba resepi K.Nor ni. Alhamdulillah ,menjadi cantik kek ni bersarang. Mulanya mcm tak yakin sbb tak perlu di pukul kembang telur dan bahan2 yg lain, cuma perlu kacau sebati dan perap 3 jam. Bila dah perap 3 jam tu pun mcm tak bersarang je, tawakkal dan yakin jelah terus bakar guna api bwh 40 minit dan guna api atas dan bawah 5 minit terakhir. Alhamdulillah menjadi cantik, bila dah sejuk, potong...wallahhhhh menjadi cantik sarangnya. Terima kasih K.Nor berkongsi resepi dan Ita yg meyakinkan Yatie utk membuatnya kali ni. Pada kwn2 yg masih fobia dan takut nak mencuba buat kek gula hangus ni, bolehlah cuba resepi ni, pasti menjadi. Kek ni sedap dan tak berapa manis. Selamat mencuba semua..
Bahan-Bahan
Biasalah anak2 ni, kdng2 ok kdng2 tak kena dngn seleranya. Bagi saya mmng suka sngt kek ni, cuma lama sngt tak buat. Baru ni nampak Ita masam manis buat, rasa teruja nak membuatnya. Biasalah kalau dari Ita, pasti menjadi dan tak sabar ingin mencuba resepi K.Nor ni. Alhamdulillah ,menjadi cantik kek ni bersarang. Mulanya mcm tak yakin sbb tak perlu di pukul kembang telur dan bahan2 yg lain, cuma perlu kacau sebati dan perap 3 jam. Bila dah perap 3 jam tu pun mcm tak bersarang je, tawakkal dan yakin jelah terus bakar guna api bwh 40 minit dan guna api atas dan bawah 5 minit terakhir. Alhamdulillah menjadi cantik, bila dah sejuk, potong...wallahhhhh menjadi cantik sarangnya. Terima kasih K.Nor berkongsi resepi dan Ita yg meyakinkan Yatie utk membuatnya kali ni. Pada kwn2 yg masih fobia dan takut nak mencuba buat kek gula hangus ni, bolehlah cuba resepi ni, pasti menjadi. Kek ni sedap dan tak berapa manis. Selamat mencuba semua..
Bahan-Bahan
- 1 1/4 cawan gula halus*
- 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
- 125gm butter
- 4 biji telur gred A
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
- Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
- Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
- Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
- Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
- Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
- Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
- Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
- Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
- Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
↧
↧
Puding Kek Cendol Gula Melaka dan Cincau
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tengok puding kek ni rasa nak berhenti menaip je, rasa nak buka petiais dan ambil puding ni. Masih terasa2 lagi kesedapannya, lebih2 lagi bila di makan sejuk. Resepi ni saya dapat dari kawan FB yg belajar berbayar buat puding kek ni. Alhamdulillah dan terima kasih kerana kesudian Mrs Nor Wahid berkongsi resepi di fb dan mendapat keizinan dari tuanpunya resepi utk di kongsikan. Moga bertambah2 murah rezeki dan sentiasa mendpt keberkatan dariNya.
Bahan-Bahan - Acuan 10 x 10 X 3
1 keping kek span pandan
Bahan A:
Bahan B
1. Masak hingga mendidih semua bahan B yang bertanda *
2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas . 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple. Ketepikan.
3. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A
4. Kemudian lapiskan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras
5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau
6. Hias dengan cincau di atasnya . Sejukkan
Sebelum ni pernah juga nampak di blog Ita Masam Manis buat puding kek ni, makinlah teruja nak mencubanya. Bila dah buat tu, tak sabar nak merasanya. Bayangkan gabungan kek pandan, gula melaka, cendol dan cincau....mmng sedap sangat. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap dan berbaloi buat sendiri. Kalau beli tu, dah tentu harganya mahal kan, ni resepi dah ada...apalagi....cubalah...In Shaa Allah menjadi. Jom tngk resepinya...
Bahan-Bahan - Acuan 10 x 10 X 3
1 keping kek span pandan
Bahan A:
- 500 ml santan pekat (200ml santan kara+300 air)
- 500 ml susu cair
- 10 gm serbuk agar2
- 150 gm gula merah/gula melaka
- 1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)
- 1 biji kuning telur
- Secubit garam
Cara2nya
- Masak semua sekali bahan A hingga mendidih dan sentiasa di kacau.
- Biarkan suam sikit,kemudian tuang atas kek. Ketepikan
Bahan B
- 600 ml santan pekat + 400 ml air *
- 10 gm serbuk agar2*
- 150 gm gula castor*
- 1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)*
- 100 gm cincau (potong kiub)
- 200 gm cendol - yg telah di toskan airnya
- Pewarna green apple dan lemon yellow
Cara2nya
1. Masak hingga mendidih semua bahan B yang bertanda *
2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas . 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple. Ketepikan.
3. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A
4. Kemudian lapiskan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras
5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau
6. Hias dengan cincau di atasnya . Sejukkan
**utk setiap lapisan puding, hendaklah di cucukkan sedikit dngn garpu supaya lapisan yg lain melekat.
RESEPI KEK SPAN PANDAN- loyang 10x10x2inci
Bahan-bahan
- 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
- 1 sudu teh baking powder*(*di ayak bersama)
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telor gred A
- 1 sudu besar ovalette
- 80 ml susu segar/air pandan
- 80 ml minyak masak
- 1 sudu teh pes pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar petak 10x10 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Siap dan boleh di gunakan utk buat apa2 jenis puding kek .
↧
Cucur/Jemput2 Nasi Ikan Bilis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu lagi kita di alam maya ni. Lama tul tak wat n3, mula2 tu nak rehat kejap je. Tapi dah jejak 11 hari tak ke udara, rasa makin malaslah pulak. Sebenarnya tiap2 hari masak dan ambil gambar, tapi di sebabkan masa tak mengizinkan buatkan blog ni sepi seketika. Hari ni gigihkan diri jugalah kongsikan resepi yg mudah dan kerap kali saya buat. Cucur atau jemput2 nasi ni sedap, yg penting buatnya pun mudah je. Resepi juga boleh lihat di SINI. Pada yg belum pernah mencuba tu, bolehlah cuba...mmng sedap...ianya tetap lembut je walau dah seharian...percayalahhhhh...hi3..
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 2 cwn nasi- nasi yg tak habis tu
- 2 cwn air
- 1 biji bwng besar
- 2 ulas bwng putih
- 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
- Daun sup/bawang (di hiris halus)
- sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwng putih dan bwng besar...kisar sebati.
- Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
- Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
- Saya gunakan jari saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah dan cantik bulat cucurnya. Kalau tak biasa tu, guna sudu jelah ya.
↧
Kuih Serimuka Pandan yg sangat sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kwn2 di luar sana yg menggemari kuih serimuka pandan ni. Kuih ni kuih kegemaran sejak dulu lagi. Kalau saya nampak je kuih ni, dah cukup terliur di buatnya. Kalau beli tu kdng2 tak menepati citarasa kecuali kita beli dari kwn2 yg mmng biasa ambil tempahan kuih2 mcm ni. Banyak resepi dah saya cuba dan kongsikan resepinya di blog. Terpulang pd kwn2 nak cuba yg mana satu. Pada saya semuanya sedap.
Saya juga ada menerima komen2 dari pengunjung blog yg mengatakan kalau buat kuih ni je lembik atasnya walaupun dah guna resepi yg sama. Susah nak menerangkan sebenarnya.. Pada saya, kalau dah ikut resepi yg sama, mestilah hasilnya pun sama kan. Ini lain pula jadinya.....rasanya cara tu yg membezakan kuih tu menjadi ataupun tidak. Kalau di suruh masak adunan hingga naik wap tu, ikut jelah ya..jngn memandai tak buat....dah tentu hasilnya juga tak sama. Bila kuih dah masak tu, sengetkan loyang jika terdapat sedikit air di permukaan kuih...lap dngn kitchen towel atau buangkan air tu guna sudu dan biarkan betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.
Ok, saya ni bukannya pakar tapi sekadar berkongsi tips supaya kuih2 talam kelihatan cantik. Kali ni saya kongsikan kuih serimuka yg sangat mudah dan tahan lama. Jangan bimbang kalau kuih tu terlembik sbb resepi kuih ni mmng cantik kejadiannya dan rasanya pun sangat sedap. Kalau nak tngk resepi yg lain, bolehlah tngk di SINI. Jom semak resepi ni..Resepi utk bahagian bawah/pulut tu, saya tetap setia dngn resepi Chef Asma, bahagian atas je saya guna tepung gandum dan tpng lain.
Bahan2 Lapisan Bawah:-
Saya juga ada menerima komen2 dari pengunjung blog yg mengatakan kalau buat kuih ni je lembik atasnya walaupun dah guna resepi yg sama. Susah nak menerangkan sebenarnya.. Pada saya, kalau dah ikut resepi yg sama, mestilah hasilnya pun sama kan. Ini lain pula jadinya.....rasanya cara tu yg membezakan kuih tu menjadi ataupun tidak. Kalau di suruh masak adunan hingga naik wap tu, ikut jelah ya..jngn memandai tak buat....dah tentu hasilnya juga tak sama. Bila kuih dah masak tu, sengetkan loyang jika terdapat sedikit air di permukaan kuih...lap dngn kitchen towel atau buangkan air tu guna sudu dan biarkan betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.
Ok, saya ni bukannya pakar tapi sekadar berkongsi tips supaya kuih2 talam kelihatan cantik. Kali ni saya kongsikan kuih serimuka yg sangat mudah dan tahan lama. Jangan bimbang kalau kuih tu terlembik sbb resepi kuih ni mmng cantik kejadiannya dan rasanya pun sangat sedap. Kalau nak tngk resepi yg lain, bolehlah tngk di SINI. Jom semak resepi ni..Resepi utk bahagian bawah/pulut tu, saya tetap setia dngn resepi Chef Asma, bahagian atas je saya guna tepung gandum dan tpng lain.
Bahan2 Lapisan Bawah:-
- 500 gm beras pulut
- 300 ml santan pekat
- 300 ml air
- 2 tsp garam halus
- Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
- Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
- Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
- Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung kastad
- 250 gm gula pasir
- 2 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 500 ml air
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)
- Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
- Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah
- Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
- Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
↧
Pau Gebu yg sangat sedap.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih pau kegemaran keluarga. Kami sekeluarga sangat suka makan pau tapi saya jarang2 buat. Saya kdng2 cukup fobia nak buat tau, kdng2 tu cantik gebu dah paunya, bila buka penutup kukus je ada je yg tak cantik atau berkedut....tu yg malas nak buat tu, kena ketawakan Hamka je sbb kuihnya bnyk rupa, ada yg licin mulus, ada yg kedut sikit dan ada yg kedut bnyk...hi3...
Kali ni saya dah jumpa resepi yg mudah dan semestinya menjadi cantik. Rasanya sangat lembut dan cara buatnya pun mudah je. Pada kwn2 yg masih fobia mcm saya buat kuih ni, bolehlah cuba resepi ni...In Shaa Allah menjadi punya. Apa yg penting ikut sukatan yg di beri dan ikut cara2nya.Terima kasih pada rakan FB Iza Lan kerana berkongsi resepi pau ni. Menurut Iza, resepi ni beliau dpt dari seorang makcik yg baik hati yg menjual kuih pau. Terima kasih juga buat makcik tu, moga bertambah2 murah rezeki makcik. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya, biar ramai lagi kwn2 dpt membuat pau kegemaran keluarga yg menepati citarasa keluarga. Alhamdulillah..
Bahan-Bahan
Cara2nya
Kali ni saya dah jumpa resepi yg mudah dan semestinya menjadi cantik. Rasanya sangat lembut dan cara buatnya pun mudah je. Pada kwn2 yg masih fobia mcm saya buat kuih ni, bolehlah cuba resepi ni...In Shaa Allah menjadi punya. Apa yg penting ikut sukatan yg di beri dan ikut cara2nya.Terima kasih pada rakan FB Iza Lan kerana berkongsi resepi pau ni. Menurut Iza, resepi ni beliau dpt dari seorang makcik yg baik hati yg menjual kuih pau. Terima kasih juga buat makcik tu, moga bertambah2 murah rezeki makcik. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya, biar ramai lagi kwn2 dpt membuat pau kegemaran keluarga yg menepati citarasa keluarga. Alhamdulillah..
Bahan-Bahan
- 1 kg tepung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cwn minyak masak
- 2 1/4 cwn air
- 11 gm yis
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 biji telur
Cara2nya
- Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
- Kacau bhn diatas hingga gula larut.
- Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
- Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
- Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus - Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
↧
↧
Apam Pisang Gebu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam tadi merajinkan diri buat apam pisang kegemaranku. Dalam pada rajin tu ada malasnya juga. Mulanya nak kukus guna acuan kecil biar apam pisang nampak comel dan senang anak2 nak makan, takyah potong segala. Maka terjadilah apam guna acuan besar ni. Apam pisang ni dah rupa mcm kek pulak, jngn ada yg keliru ya, kalau kukus tu jadilah apam pisang, kalau adunan di bakar tu jadilah kek pisang. Apa yg penting apam pisang ni sangat gebu, lembut dan moist je. Saya suka apam ni, lembut dan gebu je.
Terima kasih pada Azita Zain berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Terima kasih juga pd penyumbang resepi asal. Pada peminat apam pisang tu, bolehlah cuba, mmng sedap. Kak Azita pun dah banayk kali buat apam pisang guna resepi ni...mmng sedap. Jom semak resepi mudah ni.
Terima kasih pada Azita Zain berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Terima kasih juga pd penyumbang resepi asal. Pada peminat apam pisang tu, bolehlah cuba, mmng sedap. Kak Azita pun dah banayk kali buat apam pisang guna resepi ni...mmng sedap. Jom semak resepi mudah ni.
Bahan-bahan :
- 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan - saya guna pisang yg dah di lenyek dlm 1 cwn
- 4 biji telur
- 1 cawan gula
- 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara2nya :
- Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
- Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
- Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
- Masukkan minyak dan sebatikan.
- Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang.
- Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.
Nota :
- Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
- Boleh tambah cokelat urai ke dalam adunan jika suka.
- Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai.
↧
Susu Sedap Nutri Goat Miracle 8
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah....hari ni diberi kesempatan utk saya berkongsi khasiat susu kambing NGM8 yg sangat sedap. Susu ni sedap, tak berbau hamis. Pada yg belum rasa, pasti tertanya2 betul ke tak rasa susu ni yg sedap dan tak berbau hanyir/ hamis. Jujur saya katakan dan saya dah meminumnya hampir 4 bulan. Susu ni sangat sedap dan ianya memberikan tenaga pada pengamalnya. Ianya bukan sekadar susu kambing saja, NGM8 ini mengandungi 8 makanan sunnah seperti kismis, kurma, madu, saffron/za'faran, habbatussauda, buah zaitun, buah delima dan buah tin.Setiap satu ada khasiatnya yg tersendiri di gabungkan dngn susu kambing dan terhasillah NGM8 yg sangat sedap ni.
Jujur saya katakan yg mulanya saya pun ragu2 nak mencubanya sbb takut susu tu berbau. Saya mmng tak makan kambing...tu yg takut nak mencuba. Alhamdulillah bila pertama kali meminumnya, saya terus jatuh cinta dngn susu sedap ni, tak tipu punya. Rasa nak minum 2 sachet je utk satu hari sbb sedap sangat. Susu ni menjimatkan, minum satu sachet utk satu hari pun dah cukup. Harganya taklah mahal. Satu kotak tu ada 15 sachet dan harganya cuma RM4O. Ianya harga mampu milik punya. Pada kwn2 yg berminat boleh hubungi saya Yatie 013 7298872.
![]()
Jujur saya katakan yg mulanya saya pun ragu2 nak mencubanya sbb takut susu tu berbau. Saya mmng tak makan kambing...tu yg takut nak mencuba. Alhamdulillah bila pertama kali meminumnya, saya terus jatuh cinta dngn susu sedap ni, tak tipu punya. Rasa nak minum 2 sachet je utk satu hari sbb sedap sangat. Susu ni menjimatkan, minum satu sachet utk satu hari pun dah cukup. Harganya taklah mahal. Satu kotak tu ada 15 sachet dan harganya cuma RM4O. Ianya harga mampu milik punya. Pada kwn2 yg berminat boleh hubungi saya Yatie 013 7298872.

Kebaikan mengamalkan Nutri Goat Miracle 8
- Merendahkan kolestrol
- Memberi tenaga kepada ibu mengandung
- Mengurangkan risiko jaundice pada bayi
- Sumber kalsium yang tinggi
- Melawaskan perkumuhan
- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Menguatkan sistem imunisasi
- Meningkatkan daya ingatan dan fokus
- Menambahkan susu badan
- Pelajar
- Ibu yang mengandung
- Ibu yang menyusukan anak
- Orang yang bekerja
- Orang tua yang sakit sendi
↧
Siakap Masam Manis
↧